BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 1, 2009

makanan berkhasiat



KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.






Makanan Seimbang Kembalikan Tenaga



PENGAMBILAN makanan ketika berbuka khususnya bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa tidak berbeza dengan hari-hari biasa. Apa yang perlu diberikan perhatian untuk sepanjang Ramadan, pengambilan makanan perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati.
Pakar Pemakanan Kanan, Pusat Perubatan Pantai, Norhaslina Osman memberitahu, ia perlu bagi mengelak berlakunya masalah pencernaan dan kekurangan air dalam badan.
"Pengambilan makanan seimbang dengan zat kandungan mineral semula jadi amat diperlukan badan terutama bagi mengelak berlakunya sembelit,'' katanya.
Justeru, makanan seimbang setiap kali berbuka puasa dan bersahur dapat membantu menstabilkan sistem badan seseorang yang berpuasa.
Jelas Norhaslina, makanan seimbang dan lengkap merangkumi semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Ia berdasarkan kepada piramid makanan dan amat perlu diamalkan agar badan tidak menghadapi kehilangan tenaga berlebihan selepas seharian menjalani ibadah puasa.
"Piramid makanan terdiri makan mengutamakan lebih bijirin, nasi, roti dan mi,'' katanya. Begitu juga dengan pengambilan air suam setiap hari dan makanan yang mengandungi air yang tinggi umpamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.
Norhaslina berkata, dua kategori makanan itu perlu diberikan perhatian khusus oleh ibu terhadap anak-anak terutama apabila menyediakan menu berbuka puasa.
Pengambilan dua kategori makanan itu perlu diberi perhatian khusus kerana kandungan mineral dan zat serta serabutnya kaya dengan Vitamin A dan C yang diperlukan badan untuk melancarkan proses pencernaan.
"Cara yang paling digalakkan ialah melebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan, juga pastikan anak makan secara sederhana makanan yang bersumberkan susu, telur, daging dan ikan,'' ujarnya.
Sementara itu, ibu-ibu dinasihatkan supaya menghindari masakan yang terlalu berasaskan minyak dan lemak berlebihan.
Bagaimanapun, ibu bapa masih boleh mempelbagaikan makanan tetapi perlu bijak memilih kaedah yang sihat supaya tidak memudaratkan kesihatan.
"Adalah menjadi tanggungjawab ibu memastikan anak-anak tidak terlalu menurut nafsu terutama apabila melihat pelbagai jenis makanan yang dijual di luar,'' ujarnya.
"Pastikan mereka mengambil jumlah makanan yang sedikit tetapi kerap. Malah pastikan mereka juga tidak ketinggalan untuk bangun bersahur,'' ujarnya.
Bersahur kata Norhaslina, amat mustahak bagi memastikan apa yang dimakan boleh memberi tenaga kepada anak-anak ini sepanjang hari.
Sesuai dengan pertumbuhan pesat kanak-kanak, mereka juga digalakkan mengambil lebih banyak air untuk menjalani ibadah puasa. Berbanding orang dewasa, katanya, kanak-kanak lebih mudah kehilangan air.






12 MAKANAN BERKHASIAT

Sesungguhnya tak ada makanan yang buruk, yang ada hanya diet yang tak sehat. Di bawah ini 12 contoh merupakan makanan peningkat energi, penambah daya tahan tubuh dan penunda proses penuaan. Let's check them!1.APELDalam satu hari ubuh kita memerlukan masukkan zat pectin dan vitamin C yang cukup, minimal dua kali dalam sehari, untuk mengurangi kadar kolesterol yang ada di dalam tubuh. Untuk mendapatkannya, kita dapat mengkonsumsi apel yang mengandung dua unsur tersebut.Nutrisi yang terkandung di dalam apel juga dapat membantu memperkecil resiko terkena penyakit tulang, seperti encok dan rematik. Sementara itu, buah apel yang telah di parut dapat di gunakan untuk mengobati penyakit diare.2. WORTELBanyak yang sudah tahu bahwa kandungan vitamin A pada wortel dapat membuat mata menjadi sehat. Ternyata selain kandungan vitamin yang berkhasiat, Betacarotene dalam wortel juga dapat membantu mencegah penyakit mata, liver dan kulit, juga dapat melindungi anda dari penyakit lainnya seperti kanker usus. Dengan hanya mengkonsumsi satu potong wortel besar sehari, cukup untuk mengalirkan betacarotene yang di perlukan tubuh selama sehari!3. BAWANG PUTIHBawang putih yang masih segar terkenal ampuh untuk menyembuhkan bermacam-macam penyakit. Bawang putih bias berfungsi sebagai anti bakteri, anti jamur, dan dapat melindungi tubuh dari serangan kanker. Masih ragu memasukkan bawang putih kedalam resep masakan anda? Tak perlu lagi. Bawang putih sudah jelas sangat efektif menurunkan kolesterol, tekanan darah dan membantu pembuatan sel-sel darah dalam tubuh.4. BAWANG BOMBAYBawang Bombay adalah antibiotic yang membantu melindungi sistem sirkulasi dalam tubuh. Selain itu, dengan mengkonsumsinya dapat mengurangi sakit perut, sesak nafas dan infeksi saluran kencing. Bawang Bombay juga mempunyai khasiat seperti apel, yaitu meringankan gangguan rematik dan encok.5. ALPUKATBuah alpukat memang di kenal memiliki kadar lemak tinggi, tetapi ternyata alpukat juga memiliki kadar potassium yang tinggi, yang berarti banyak mengandung vitamin seperti vitamin A,B.C dan E. Buah ini dapat membantu anda memerangi kelelahan dan depresi, juga melindungi tubuh dari kanker, dan menurunkan kadar kolesterol. Kelebihan lain dari buah yang lezat ini adalah berfungsi sebagai pemicu produksi zat anti kerut pada kulit akibat penuaan, karena buah ini mengandung kadar viatamin E yang tinggi. Jadi, untuk anda yang selalu ingin tampak awet muda, alpukat adalah pilihan makanan yang terbaik!6. PASTAMungkin anda piker diet akan terganggu jika mengkonsumsi makanan lezat yang mengenyangkan seperti pasta. Tapi bila dilihat dari sisi yang alin, ternyata pasta kaya akan kandungan serat, vitamin B dan mineral.7. KOLKol yang kaya akan kandungan zat besi, zat hijau daun, zat sulfur dan vitamin C ini di kenal dapat memerangi kanker, membantu mencegah penyakit anemia dan menyembuhkan penyakit perut. Kol juga dapat menangkal penyakit jantung, stress dan infeksi.8. GANDUMGandum memiliki kandungan zat yang cukup banyak. Mulai dari kalsium, potassium, magnesium, silicon, protein, sampai vitamin B dan E. Ini berarti gandum dapat mengurangi kadar kolesterol dan menyehatkan system pencernaan dalam tubuh.9. PISANGDi India orang mengobati sakit perut dengan mengkonsumsi pisang dan yogurt yang berbahan dasar alami. Pisang adalah makanan yang berkhasiat tinggi bagi kesehatan. Pisang memberi tubuh kita zat potassium, seng, serat, zat besi, zat asam, kalsium dan vitamin B6. Buh ini juga dapat melancarkan pencernaan, dan sangat baik di konsumsi wanita pada masa pra menstruasi. Keampuhan lain buah ini adalah memberi tambahan energi yang cepat.10.KENTANGKentang (yang tidak di goreng) bamnyak mengandung serat serta vitamin B dan C. Kentang rebus sangat baik bagi tubuh jika anda tidak menghilangakn air rebusannya yang banyak mengandung vitamin. Saat menyantapnya, kulit kentang lebih baik tak di kupas, karena justru dalam kulit tersebut terdapat banyak nutrisi.11. KACANG KEDELAIKacang kedelai merupakan bagian dari keluarga kacang polong yang kaya akan protein. Menurut salah seorang pakar, Masyarakat yang hidup di Negara Asia yang negaranya memproduksi 60% kacang kedelai tiap harinya, mempunyai prosentase penyakit seperti kanker payudara, kanker rahim, kanker usus, dan kanker prostate lebih rendah di banding Negara lain.Kacang kedelai juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan tulang keropos. Untuk wanita khususnya, konsumsi kacang kedelai juga amat penting, karena kacang kedelai membantu menormalkan kadar estrogen dalam tubuh dan meningkatkan kadar estrogen yang rendah di tulang.12.CLAConjungated linoleic Acid (CLA) adalah zat yang penting bagi pembentukan otot dan berfungsi sebagai nutrisi yang membakar lemak./ Zat ini terkandung dalam beragam makanan, terutama dalam daging sapi dan susu. Para ahli menemukan bahwa metabolisme dan kemampuaan tubuh menghasilkan energi di dapat dari zat tersebut. CLA juga meningkatkan system kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari serangan kanker.Mulai sekarang aturlah menu diet anda agar tubuh lebih sehat dan bugar.






Telur Ayam : Makanan Berkhasiat

PADA setiap Persidangan Kebangsaan ANGKASA, salah satu makanan dalam menu untuk disajikan kepada para perwakilan dan pemerhati pastinya sebiji telur ayam rebus! Ini adalah suatu teladan baik yang mungkin kebanyakan orang terlepas pandang.
Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Kesemua sumber protein ini seri dalam kaedah pengukuran keempat sahaja.
Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa seperti rajah 1 di bawah.
Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!
Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.
Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.
Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!

DIET

Zat Makanan Iodin
Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kepada kehidupan manusia. Ia diperlukan untuk merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel sel otak terutama kanak kanak. Kekurangan zat iodin dalam dalam badan akan mejejas kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram (ug) iodin setiap hari. Jumlah ini amat sedikit seumpama satu kepala pin peniti kecil. Memakan makanan yang kaya dengan zat iodin atau menggunakan garam beriodin didalam masakan boleh memenuhi keperluan zat iodin harian kita. Apabila anda kekurangan iodin didalam badan anada akan mengalami tanda tanda seperti bengkak dipangkal leher. Keadaaan ini dikenali sebagai goiter (begok) yang disebabkan pembesaran kelenjar tiroid.Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melaui pemeriksaan rapi. Manakala kekekurangan iodin yang teruk dikalangan kanak kanak menyebabkan kelahiran anak yang mengalami keadaan cretinism yang mempunyai ciri ciri kerdil, kerencatan akal dan fizikal serta pekak bisu. Cara mengelakkan kekurangan iodin ialah:1. Memakan makanan laut yang kaya dengan iodin seperti ikan, ketam, kerang, udang, sotong dan rumpai laut.2. Menggunakan garam beriodin dalam masakan setiap hari.3. Mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen seperti oucuk ubi, ubi kayu, kubis, bunga kubis, brokoli dan rebung.




Elak minuman berkafein
Kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mereka mungkin memberikan minuman yang mengandungi kafein.Makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui justeru, pengambilan kafein untuk kanak-kanak seeloknya pada tahap minimum.Negara maju seperti Amerika Syarikat masih tidak mempunyai garis panduan mengenai pengambilan kafein untuk kanak-kanak. Namun, garis panduan dikeluarkan Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah purata kafein yang didapati dalam 355 mililiter tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43 gram) coklat bersusu.Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.Kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama. Pada tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas.Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.Untuk kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan berkenaan.Pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan manis sehari.Kanak-kanak yang terlalu banyak mengambil minuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi kuat.Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, untuk langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.Antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan melegakan sakit.Teh ais pula bukan saja mengandungi banyak gula malah kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak termasuk air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan.






Kuruskan Badan - Petua Makan Secara Sihat
Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Di bawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersam roti bakar, lempeng dan biskut kraker.3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.6. Makan buah buahan segar setiap hari.7. Jika anda manganbil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti pisang, epal oren dan betik kedalamnya.8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh tumbuhan.11. Banyakkan makan ikan.12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikkan daging.13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus.






Kebaikan dan Khasiat Minum Teh
Khasiat TehTeh menjadi kegemaran ramai dan diminun hampir setiap masa. Jenis teh juga terdapat dalam pelbagai keluaran seperti teh buah, teh biasa, teh akar atau herba daripada pelbagai tumbuhan. Teh herba selalunya dihasilkan sebagai teh untuk kesihatan. Kaum cina mendakwa ada perhubungan antara kesihatan dengan teh yang nereka minum. Mereka mendakwa teh dapat meningkatkan perjalanan aliran darah keseluruh tubuh. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki daya pemikiran serta mental kita.Meminum teh juga boleh mempercepatkan proses pembuangan alkohol dan lain bahan yang mebahayakan dalam tubuh badan manusia seperti lemak dan nakotik. Antara faedah lain yang dapat diperolehi dengan meminum tehialah dapat meningkatkan daya ketahan tubuh manusia terhadap banyak penyakit. Ia juga dikatakan boleh memacu metabolism dan pengambilan oksigen dalam tubuh kita. Teh juga dapat mengelakkan kita daripada mendapat kerosakkan gigi. Ia juga mengekalkan kulit manusia sentiasa awet muda.Teh juga dikatakan memberi kesan kesan seperti berikut:(1) Melindungi tubuh dari panas matahari(2) Mebantu penghadaman(3) Melegakan ketidakselesaan dan sengal sengak pada sambungan tulang tulang dalam tubuh kita.(4) Memenuhi kehausan tekak.






6 tumbuhan penyembuh penyakit
Tumbuhan penyembuh penyakitNanasIa boleh meredakan radang tenggorok dan mengatasi penyempitan pembuluh darah. Untuk mereka yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, buah nanas boleh jugak digunakan untuk menurunkan berat badan. Daun nanas berguna untuk menormalkan pusingan haid yang tidak menentu.SeraiSeluruh bahagian pohon serai amat berguna didalam perubatab homeopathy. Antaranya astrak serai yang telah disulung. Secara saintifik boleh melegakan demam, menghilang kan sakit perut, melancarkan perjalanan haid dan merawat penyakit reumatik.KunyitKunyit mengubati senggugut dengan cara mendapatkan pati kunyit dan dibancuh dengan air suam. Kunyit boleh menurunkan paras kolestrol didalam darah kita. Ia juga penawar bagi mereka yang menghidapi masalah gatal gatal kulit dan menyembuhkan demam.Jambu batuAmalan memakan jambu amta elok untuk melawaskan sistem penghadaman kita.Bawang putihBawang putih berguna untuk mengurangkan paras kolestrol dalam darah dan menurunkan darah tinggi. Disamping itu bawang putih boleh dijadikan panawar bagi pengidap penyakit kencing manis dan menghilangkan kahak.KemuningDaun kemuning sering digunakan didalam perubatan homepathy. Daunya digunakan mengubati keputihan, mengatasi haid yang tidak teratur, melangsingkan badan serta menghaluskan kulit






Pemakanan sihat dan berkhasiat
Pemakanan sihat dan berkhasiat(1) Nikmati kepelbagaian makanan berkhasiat.(2) Makan banyak makanan yang mengandungi zat besi.(3) Makan banyak buah buahan dan sayur sayuran.(4) Makan daging dan ikan untuk zat protein.(5) Minum banyak air sekurang kurangnya lapan gelas sehari.(6) Minum susu setiap hari.(7) Hadkan pengambilan gula seharian.(8) Pilih makanan yang mempunyai kadar kandungan garam yang rendah.(9) Seimbangkan jumlah makanan yang kamu ambil dengan activiti fizikal.(10) Hadkan pengambilan makanan ringan.(11) Kawal pengambilan makanan bersantan dan bergoreng.






Risiko Kesihatan Obesiti
Risiko Kesihatan Jika Terlalu Gemuk-Angin ahmar-Sesak nafas-Penyakit jantung-Darah tinggi-Diabetis-Herning-ArtristisMakan Secara Sihat1. Kurangkan makanan yang berlemak2. Kurangkan makanan dan minuman manis3. Kurangkan saiz makanan (hidangan) semasa makan4. Elak pengambilan makanan ringan antara waktu malam5. Makan pada waktu yang teratur6. Lebihkan makanan bijiran penuh, sayur dan buah7. Minum air sebanyak mungkin






Makanan berkhasiat dan selamat
Budaya pemakanan di seluruh dunia tidak hanya menawarkan pemakanan tradisional yang menyihatkan, malah ia membantu untuk melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti diakui ramai penyelidik antarabangsa.Kawasan miskin di ceruk Mexico misalnya, menawarkan cara pemakanan sihat hanya menerusi hasil tanaman seharian mereka seperti jagung.Di sesetengah tempat lain di dunia seperti Afrika, kekacang pilihan mereka manakala halia yang memang sinonim dengan masakan masyarakat negara ini tidak kurang hebatnya kerana mempunyai khasiat tersendiri.Ikuti beberapa cara pemakanan pelbagai suku kaum dan bangsa di seluruh dunia yang agak ringkas tetapi menarik untuk dijadikan panduan.Profesor Arne Astrup yang juga saintis dari Universiti Copenhagen, Denmark, baru-baru ini menyatakan, diet pemakanan diamalkan di negara Nordik (merangkumi Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden) boleh membantu seseorang itu untuk mengurangkan berat badan, sekali gus mengurangkan masalah obesiti.Menurutnya, masyarakat di negara terbabit rata-rata mempunyai menu makanan seharian termasuk elk (sejenis rusa besar), rusa kutub, beri dan ikan. Diet berkenaan yang juga kaya dengan ikan berminyak seperti hering dan salmon, mengandungi lemak omega-3 yang membantu untuk menjaga berat badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung.Rusa kutub dan rusa besar di negara terbabit bebas berkeliaran, justeru daging haiwan berkenaan mempunyai kandungan lemak yang rendah dan protein yang tinggi.Kobis yang turut digemari masyarakat negara terbabit adalah makanan murah yang memang berkhasiat, kaya dengan vitamin dan serat.Masyarakat di kawasan Mediterranean pula banyak memanfaatkan minyak zaitun yang mengandungi lemak baik dan omega-3 yang membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.Ia turut bertindak untuk membantu mengurangkan kesakitan seperti dilaporkan penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) yang mendapati 50 gram minyak zaitun (ekstra virgin) boleh membantu mengurangkan masalah keradangan.Di Britain, lazimnya makan malam berlaukkan ayam memang baik kerana ayam membekalkan protein yang membantu untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh lama.Lauk sampingan seperti lobak merah pula membekalkan antioksidan yang membantu dari segi pencegahan kanser. Ditambah pula dengan kentang panggang yang sememangnya kaya dengan serat.Masyarakat di Scotland memang gemar menikmati oat. Bubur oat yang dimakan ketika bersarapan boleh mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh panjang selain membantu merendahkan tekanan darah.Oat kaya dengan beta-glucan yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol.Di negara Timur Tengah, teh pudina segar antara sajian kegemaran mereka. Teh sudah digunakan berkurun lamanya untuk menangani masalah penghadaman, malah teh pudina dikatakan boleh membantu wanita untuk menyingkirkan bulu yang tidak dikehendaki pada badan.Kajian dalam jurnal Penyelidikan Terapi Phyto menunjukkan, pengambilan dua cawan teh pudina setiap hari selama lima hari boleh mengurangkan tahap hormon yang menyebabkan pertumbuhan rambut atau bulu berlebihan.Kacang kuda yang terkenal di Afrika tidak hanya membantu untuk memperbaiki sistem penghadaman, malah ia boleh membantu seseorang pulih daripada strok menerusi kandungan seratnya yang tinggi.Tahun lalu, saintis dari Hong Kong mendapati kacang kuda kaya dengan kandungan isoflavone yang membantu merangsang bekalan darah ke otak.Di Gambia misalnya, kekacang lazimnya menjadi asas makanan terutama ketika menyajikan stew tomato atau kacang yang turut disertai dengan pelbagai jenis sayuran dan rempah. Kekacang itu boleh menggantikan daging sebagai sumber protein.Hasilnya, bukan saja masyarakat Gambia kurang mengalami masalah berat badan, malah mereka juga mencatatkan kes terendah bagi semua jenis barah di peringkat antarabangsa.Di Australia pula, penyelidik di Universiti Western Australia mendapati, daging kangaru dilimpahi asid linoleik berlemak. Lemak baik itu merangsang tubuh untuk menghasilkan otot serta membantu mengurangkan tekanan darah serta risiko diabetes jenis kedua.Halia yang banyak digunakan dalam sajian masyarakat Cina pula membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, baru-baru ini, saintis di China menemui diet kaya dengan cendawan dan teh hijau yang boleh membantu mengurangkan risiko barah payudara.Ramai yang memperkatakan mengenai wanita Jepun mempunyai jangka hayat paling lama di dunia. Ia tidak lain berpunca daripada pemakanan sihat yang diamalkan masyarakatnya. Menu mereka biasanya tinggi dari segi kandungan protein dan rendah lemak tepu.Saintis Jepun mendapati, golongan perokok yang gemarkan ikan mentah mempunyai kecenderungan kurang dihidapi barah.Masakan kari memang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat India, malah kari didapati membantu untuk mencegah penyakit Alzheimer.Pada 2006, penyelidik AS melaporkan curcumin iaitu sejenis bahan kimia didapati dalam kunyit yang menjadi sebahagian daripada rencah untuk masakan kari, boleh membantu untuk menyingkirkan protein yang mengakibatkan penyakit otak berkenaan.Kunyit juga didapati baik untuk kesihatan jantung manakala biji ketumbar dan jintan putih membantu untuk mengurangkan risiko barah serta asma.Daging ayam belanda dan kranberi, antara sajian tradisional di Amerika Utara juga menyimpan banyak khasiat. Ayam belanda mempunyai kandungan lemak rendah dan sumber tryptophan yang membantu meningkatkan mood dan tidur seseorang.Daging haiwan ini juga mengandungi selenium iaitu sumber khasiat penting untuk membina sistem ketahanan tubuh.Kranberi pula boleh membantu untuk mencegah bakteria melekat pada gigi selain membantu pencegahan jangkitan pundi kencing.Dr Daphne Miller beribu pejabat di San Francisco, AS yang pernah merakamkan pengalamannya meneroka pelbagai corak pemakanan di beberapa negara menerusi buku berjudul The Jungle Effect, turut berkongsi pandangan mengenai pemakanan di Afrika.Menerusi tinjauannya di Cameroon, Afrika Barat, dia mengakui, pemakanan masyarakat negara itu yang kaya dengan serat serta melalui proses penapaian dan mengandungi lemak sihat (jarang menggunakan daging), sangat perlu untuk menghalang masalah barah, sekali gus menjelaskan kadar barah usus yang rendah di negara berkenaan.Antara penemuannya termasuk cara pemakanan kaum Tarahumara Indian di kawasan terpencil Copper Canyon, Mexico. Kaum berkenaan mempunyai tahap gula darah dan kolesterol yang rendah, mengamalkan pemakanan tradisional membabitkan makanan yang membebaskan gula ke dalam aliran darah pada kadar perlahan contohnya jagung.Biarpun kaum terbabit berhadapan dengan masalah kekurangan zat kerana kemiskinan, menurutnya, pengambilan karbohidrat secara perlahan itu membantu untuk mencegah pengeluaran insulin secara berlebihan dan membantu mengekalkan tahap gula darah.Di Iceland pula, menurutnya, pemakanan masyarakat di sana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kadar rendah dari segi kemurungan. Sebahagian jawapannya terletak pada pengambilan ikan dan kambing biri-biri yang kaya dengan lemak omega-3.Bagi penulis bersama buku '30 Secrets of the World's Healthiest Cuisines', Dr Steven Jonas yang juga profesor Universiti Stony Brook, meninjau kepelbagaian aspek pemakanan yang menyihatkan di serata tempat itu memang banyak membantu.Namun menurutnya, mengurangkan jumlah makanan itu lebih penting bagi penjagaan kesihatan diri yang baik. Untuk panduan umum, pengambilan makanan haruslah dalam jumlah sederhana.






Risiko Kesihatan Obesiti
Risiko Kesihatan Jika Terlalu Gemuk-Angin ahmar-Sesak nafas-Penyakit jantung-Darah tinggi-Diabetis-Herning-ArtristisMakan Secara Sihat1. Kurangkan makanan yang berlemak2. Kurangkan makanan dan minuman manis3. Kurangkan saiz makanan (hidangan) semasa makan4. Elak pengambilan makanan ringan antara waktu malam5. Makan pada waktu yang teratur6. Lebihkan makanan bijiran penuh, sayur dan buah7. Minum air sebanyak mungkin






Diet awal bantu elak rabun dekat
Satu daripada masalah mata yang paling umum adalah rabun dekat atau dalam bahasa saintifiknya myopia. Mereka yang rabun dekat berhadapan dengan masalah untuk melihat objek jauh. Biasanya rabun dekat menyebabkan objek yang jauh kelihatan kabur.Myopia cenderung untuk diwarisi secara genetik. Di Britain misalnya, sekitar 5 juta orang mengalami masalah myopia. Masalah mata paling umum ini selalunya terjadi ketika zaman kanak-kanak atau awal remaja. Justeru, ia kerap dikesan apabila kanak-kanak itu mula bersekolah.Secara saintifiknya, mereka yang mengalami rabun dekat akan berhadapan dengan masalah kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ia menyebabkan fokus refleksi cahaya dari objek yang jauh berada di depan retina menyebabkan objek kelihatan kabur.Tahap keseriusan masalah yang anda hadapi bergantung kepada keupayaan untuk memfokus. Mereka yang berhadapan dengan masalah rabun dekat yang teruk hanya boleh melihat objek yang jaraknya beberapa inci saja di hadapannya. Mereka yang berada di tahap rabun dekat sederhana pula boleh melihat pada jarak beberapa kaki.Selalunya, myopia boleh dibaiki dengan penggunaan kaca mata atau kanta lekap. Selain itu, ada juga pesakit yang memilih untuk menjalani pembedahan.Pakar Mata Kanak-kanak, Dr Choong Yee Foong, berkata memulakan diet awal yang betul boleh membantu mengelak masalah itu terjadi.“Penting untuk ibu bapa memastikan anak mengambil Vitamin A, beta carotene, lutein, anti oksidan selain buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua ini adalah makanan untuk mata,” katanya.Pelbagai jenis vitamin boleh diperoleh daripada sayur dan buah-buahan. Lutein misalnya, boleh ditemui dalam bayam, salad, kacang, kuning telur dan lobak merah.Lutein daripada perkataan Latin iaitu lutea yang bermakna ‘kuning’. Ia adalah satu daripada 600 jenis karotenoid semula jadi yang didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Lutein adalah nutrisi penting yang berfungsi membantu menapis cahaya biru yang bertenaga tinggi dan berkemungkinan melindungi mata.Mereka yang mengambil makanan mengandungi banyak lutein boleh membantu mengurangkan risiko penuaan makular dan katarak.Selain boleh ditemui pada alam semula jadi, lutein juga datang dalam bentuk makanan tambahan dan susu formula. Antara susu formula mengandungi lutein ialah Wyeth, Progress Gold dan Promise Gold.






Simptom myopia



#Objek yang jauh kelihatan kabur



# Sakit kepala



# Duduk terlalu dekat dengan televisyen atau papan hitam



# Mendekatkan buku dengan mata apabila membaca



# Kelihatan tidak menyedari objek yang jauh di hadapannya






Khasiat Teh dan Kopi
Khasiat teh dan kopiMana satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas.Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.Rambut bersinar dengan kopiBancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.Kopi singkir selulitJika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.Buang sel kulit mati dengan kopiBuang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.Mata segar dengan tehJangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.Teh melegakan kaki yang penatRendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.Teh sebagai rawatan wajahCampur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.Teh melegakan lukaTeh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.Kulit kepala sihat dengan tehPanaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut